RISTAAN 2010

KEJOHANAN BOLASEPAK VETERAN KEBANGSAAN PIALA PRESIDEN 2010-DST GROUP

Youngsters FC jinakkan Daerah Belait 3-0 Jumaat 14 Mei 2010 - Pasukan Youngsters FC melangkah bergaya memulakan cabaran Kejohanan Bola Sepak Veteran Kebangsaan Piala Presiden 2010 - DST Group dengan menjinakkan pasukan pelawat, Daerah Belait 3-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Pasukan Daerah Belait yang kecundang pada perlawanan pembukaan kepada pasukan Kota Ranger masih mencari rentak sebenar sekalipun berjaya melakukan beberapa gerakan menarik namun peluang yang hadir gagal disempurnakan dengan berkesan.
Sebaliknya, pelawat dikejutkan dengan jaringan menarik Khairuddin Abdullah yang bijak memperdayakan penjaga gol Daerah Belait di minit ke-4.
Jaringan sulung tuan rumah memberikan semangat buat pemain-pemain Youngsters sehingga Othman Haji Apong kemudian mengambil giliran untuk menambah jaringan di minit ke-8.
Ketika pasukan Belait cuba bangkit, mereka bagai lupa jerat apabila Othman Haji Apong sekali lagi menjadi wira pasukan Youngsters FC dengan jaringan kedua peribadi di minit ke-11 untuk menjarakkan kedudukan 3-0.
Sekalipun ketinggalan jaringan, pasukan Belait tidak mudah luntur semangat malah berjaya bangkit tetapi nasib mereka tidak menyebelahi apabila pasukan Youngsters lebih hebat di barisan pertahanan.
Bagaimanapun, pelawat terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah untuk pulang dengan tangan kosong















PENGADIL YANG BERTUGAS Haji Zulkifle Haji Ahmad. Haji Bakar Haji Ahmed dan Mohd Amir Haji Yunus
Perlawanan Minggu ke-2 Daerah Belait 0 Youngsters 3 Bertempat SNHB 14 Mei 2010 4 petang
Acara Pembukaan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 7 Mei 2010 jam 4.30 petang

Pegawai Ke-4, Haji Abi Bin Haji Yahya

Penolong Pengadil II, Saiful Rizal Bin Awang Hassan

Penolong Pengadil I, Haji Rozyman Adit Bin Haji Ibrahim

Pengadi Zulkifle bin Haji Duraman