RISTAAN 2010

Piala Yang Dipertua PPBNBD/PPBNBD Trophy 2009

PIALA PERSATUAN PENGADIL BOLASEPAK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM : MU FC Referee’s fans lawan LFC Referee’s fans

Juara MU FC Referee’s fans musim lalu (2008) dingin dan diretah oleh LFC Referee’s fans dengan jaringan 0-5 dalam perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Berakas (Padang Kebajikan) pada 27 Disember 2009 yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Jaringan Mimit pada minit ke-6 sudah cukup untuk LFC Referee’s fans melakar kemenangan.

LFC Referee fans berpeluang untuk menambah gol melalui Mohd. Syazwan tetapi perangkap ofsaid menidakkan beliau untuk menambah jaringan.

Mohd. Syazwan sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol tetapi terlepas hantaran silang Haji Dasnan setelah tandukan Mohd. Syazwan gagal untuk menembusi gawang MU FC Referee fans.

Percubaan yang tidak henti-henti oleh LFC Referee fans yang menggunakan formasi 3-5-2 menjadikan perlawanan bertambah sengit di antara LFC Referee fans dan MU FC Referee fans apa lagi dengan sorakkan daripada penyokong kedua-dua belah pihak yang memeriahkan suasana.

Walau bagaimana pun MU FC Referee fans cuba untuk mengatur strategi dengan membuat pertukaran pemain, mengeluarkan Mohd Yusof Zaki yang digantikan oleh Mohd. Amir pada separuh masa pertama.

MU FC Referee fans terus membuat asakan untuk menyamakan kedudukan tetapi tendangan Haji Omar tersasar keluar dari pintu gol walaupun penjaga goal LFC Referee fans sudah ditewaskan .

Jurulatih LFC Referee fans, Mohammad Haji Mahmud mula mengatur strategi baru dengan membuat pertukaran pemain dan mengeluarkan Manil dan memasukkan Jaman, setelah serangan bertubi-tubi MU FC Referee fans.

Sekali lagi MU FC Referee fans cuba untuk menambah kekuatan dengan membuat pertukaran Zulkifle dan memasukkan Mohd Irwan untuk mencipta peluang, namun gagal.

Perlawanan bertambah sengit lagi apabila Md Khiri dari MU FC Referee fans hampir-hampir menyamakan kedudukan dengan peluang keemasan yang ada tetapi gagal dimanfaatkan oleh beliau yang bersemuka penjaga gol.

LFC Referee fans terus berusaha untuk menambah gol apabila Pg Saiful membuat percubaan dengan rembatan dari jarak 35 meter dari pintu gol bagi goal ke-2.

MU FC Referee fans mendapat penalti untuk mengurangkan kesengsaraan kedudukan di saat-saat akhir perlawanan yang dibuat oleh Haji Omar tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga goal LFC Referee fans (Haji Salleh Haji Malan) menjadikan LFC Referee fans dapat mempertahankan kedudukan.

Pengurus Pasukan LFC Referee fans yang memberikan komen bahawa peluang untuk menambahkan gol banyak terlepas di perlawanan yang sengit pagi ini.

Menurut beliau perlawanan ini begitu sukar kerana MU FC Referee fans berusaha sedaya upaya untuk berjuang di saat-saat akhir.

Jaringan-jaringan Liverpool FC Referee fans adalah melalui Pg Saiful , Haji Habib dan Mimit (3 goal).

Perlawanan ini dengan objektif untuk mengeratkan silaturahim di antara pemain kedua-dua buah pasukan itu serta mengisi waktu lapang dengan bersukan bagi kesihatan.

Perlawanan tersebut telah di adili oleh Haji Hamidun Haji Matzin (Arsenal FC Referee fans)








Penjaga goal yang terulung



Jurulatih yang teragung



Pengurus Pasukan yang terbilang







































The best midfield













Pertahanan yang kentel




Jamil penyerang

Penyerang yang mencipta nama pada hari tersebut






Juara bersama piala-piala yang dimenangi




PPBNBD TROPHY : MU FC Referee’s fans Vs LFC Referee’s fans

Mimit scored the only goal during the first half of LFC Referee’s fans to record yet for the win.

"We deserved the win today even though we scored only one goal at first. We had a lot of chances to score but MU FC Referee’s fans’ tough defence denied more goals," said Hj Rozyman, LFC Referee’s fans team manager, after the game.

"Every team wants to win but we need to fight back to retain our title. It is not an easy game against MU FC Referee’s fans men as they are fighting for survival in the game," he said.

The goal for Mimit came in the 6th minute of the first half. It follows a solo effort from Hj Dasnan from the right flank. He managed to pass through two opposing defenders before slotting in the ball with a low-drive shot beating the goalie, Abdu. Halim.

LFC Referee’s fans almost had two goals ahead but Mohd. Syazwan’s attempt was an offside. Haji Habib had another chance a few minutes later but failed to convert it to a goal as his header was off target.

Hj Omar, almost scored a goal but his shot went wide in the only golden opportunity for MU FC Referee’s fans first half.

LFC Referee’s fans team scored a total of 3 goals from Mimit, one from Pg Saiful and another Haji Habib.

So MU LFC Referee’s fans 0 AND LFC Referee’s fans 5.

LFC Referee’s fans


1. Hj Rozyaman Adit (Pengurus)
2. Mohammad Haji Mahmmud (Jurulatih)
3. Haji Abu Bakar HM (Ketua Pasukan)
4. Jamil
5. Hj Salleh (Penjaga Goal)
6. Pg Saiful
7. Hj Habib HA
8. Asrin (Barayan)
9. Rosli HB
10. Yusdeman
11. Haji Abi
12. Syazwan HAB
13. Haji Dasnan HAR
14. Haji Azwan
15. Abd.Kahar
16. Jaman
17. Manil
18. Mohd. Denal Haris
19. Mimit

MU FC Referee’s fans

1. Pg Aliuddin PHT (Pengurus)
2. Mohd. Mislini HAK (Penolong Pengurus)
3. Puasa HT (Jurulatih)
4. Abdul Halim HM (Penjaga goal)
5. Ali Faisal
6. Andy
7. Mohd. Amir
8. Saiful
9. Endy
10. Zulkifle HD (Ketua Pasukan)
11. Mohd Irwan HS
12. Mohd Yusof Zaki HS
13. Haji Omar HS
14. Pg Azman
15. Md.Khairi
16. Md. Rahim Kati