Perlawanan bolasepak persahabatan antara PPBNBD lawan BIBD yang berlangsung 5 Muharram 1431H / 22 Disember 2009 bermula jam 8.15 malam bertempat di Kompleks Sukan Berakas menyaksikan PPNBD membenam BIBD 1 - 0 di mana gol tersebut dijaringkan oleh Mimit (Pengadil ABDB) dalam minit ke 19 diseparuh masa pertama.
Zulkifle Haji Duraman telah dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Haji Rodzyman Adit Haji Ibrahim setelah membentes pihak lawan dalam minit ke-37.
"Harapan pada mulanya ialah supaya pasukan itu kukuh di barisan pertahanan dan kemudian menjaringkan sebanyak gol yang boleh ketika melakukan serangan dan kami amat gembira perancangan itu menjadi sehingga kami mendahului 2 - 0, tetapi apakan daya barisan pertahanan dan tengah longgar setelah pemain berjersi No 11 keluar" kata Haji Hamidun, jurulatih PPNBD.
"Kami boleh meminta banyak lagi dan supaya pasukan menjadi lebih konsisten. Kami bermain dengan begitu cemerlang semasa perlawanan persahabatan minggu lalu dan kami perlu kerap bermain seperti itu meskipun dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini kami telah menunjukkan yang kami bergerak ke arah yang betul."
"Ia begitu nyata bahawa suasana di kalangan mereka amat rendah dan perkara yang paling buruk telah berlaku dengan melepaskan 3 gol berturut-turut pada babak ke 2 sehinggalah goal penyamaan di minit-mint akhir," kata jurulatih lagi.
Pemain-pemain BIBD mempamerkan semangat waja dan tidak berputus asa untuk menjaringkan 3 gol berturut-turut, selepas dua percubaan mereka dihalang oleh penjaga gol PPNBD (Ali Janda Sitom) dan tiang goal dalam separuh masa pertama.
"Saya tidak memerlukannya sama sekali, khususnya selepas tersasar satu gol dan dua percubaan terkena tiang goal," penyerang BIBD berkata. "Walau bagaimanpun saya tidak patah semangat serta memperolehinya juga dalam separuh masa kedua," seloroh pemain terebut itu sambil tersenyum dengan penuh kegembiraan.
Goal-goal BIBD diasilkan oleh pemain Jersi No 17 dalam minit ke-53; No 13 minit ke-75dan manakala jersi No 3 pada minit ke-82.
Ali Janda Sitom (penjaga goal separuh masa pertama – Pengadil bolasepak ABDB) memastikan PPNBD mendahului 2 – 0 apabila menjaringkan gol melalui tendangan bebas, melakukan sepakan voli cantik pada minit ke-50 dimana beliau digantikan oleh Abdul Halim Haji Metussin (penjaga goal separuh masa Ke2).
Pg Azman menyamakan kedudukan pada minit ke-89 untuk PPNBD setelah menerima bola lintang dari Haji Omar Haji Safar. Perlawanan tersebut berkesudahaan dengan PPNBD 3 – BIBD 3.
Diakhir perlawanan pengurus pasukan BIBD menyerahkan cenderahati kepada semua pemain-pemain PPNBD. Dikesempatan tersebut Yang Dipertua PPBNBD, Pg. Aliuddin bin Pg. Haji Tajudin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BIBD semoga persahabatan dan talisalitulrahim akan berkekalan sepanjang hayat.