RISTAAN 2010

Persatuan Pengadil Bermuzakarah




Bagi meningkatkan lagi mutu pengadil dalam sukan bola sepak, persatuan pengadil Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Muzakarah dan juga taklimat kepada ahli-ahlinya di Sekolah Rendah Anggerek Desa.
Menurut Yang DiPertua Persatuan Pengadil, Pg Hj Aliudin Pg Hj Tajudin salah satu tujuan mengadakan muzakarah tersebut adalah mengemaskinikan acara-acara kejohanan bola sepak di negara ini, dan juga bagi mengingatkan ahli-ahli supaya menjaga mutu kualiti kerja mereka semasa mengadili acara-acara bola sepak.
Beliau mengatakan bahawa pada tahun ini persatuan tersebut akan membuat pengambilan baru tahun ini. Pengambilan tersebut adalah tertakluk kepada ujian tulis dan juga kecergasan. Beliau juga menerangkan kepada ahli-ahli bahawa jika ada perubahan terbaru mengenai peraturan bola sepak, persatuan tersebut akan mengadakan mesyuarat dan memastikan bahawa ahli-ahli akan dapat mengetahui dan mengikuti tatacara dan undang-undang baru.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat pengadil boleh menghubungi setiausaha persatuan pengadil, Hj Omar Hj Sapar 8764270.